Sabtu, 17 September 2011

Tips "no no no no waktu nak ambil exam"

Hai assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh .. Saya mendoakan korang ni hihi...
Penuh dekat News Feed Facebook pasal exam. Tak kiralah budak sekolah mahupun budak universiti.

Bergembiralah korang yang baru lepas ambik UPSR. Ohhh berbahagialah korang sebab korang paling besar dekat sekolah rendah tewww. Tapi bersusah hatilah korang tahun depan hidup korang berubah sebab dah jadi junior. Hihihi keji tak. Agak agak ada rasa nak tampo muka saya tak? kahkah.

Ini saya nak dedahkan sikit tips rahsia untuk korang yang bakal menghadapi peperiksaan. Tips ni lebih kepada apa yang tidak patut dibuat. Dan saya akan pecahkan kepada beberapa bahagian.


Seminggu sebelum peperiksaan.

# Study group. Eh bukan jangan buat study group hogeh? Tapi buat study group tu jangan melebihi tiga atau empat orang. Sebab nanti end up bergossip pasal pakwe/makwe ataupun lebih banyak kepada gelak ketawa. Buku letak tepi, jom gelak kuat kuat kasi runtuh dewan tak payah ambik peperiksaan. A big no-no untuk itu.<
#Buat nota ringkas dalam buku nota kecik yang senang di bawa ke shopping mall. Jangan bawak nota ke panggung wayang. Okay? Nanti rabun kan dah susah nak ambik peperiksaan. Nanti nombor 9 jadi nombor 6. Menyedihkan kalau macam tu. Bytheway, buku nota tu janganlah kecik sangat. Asal boleh masuk kocek. Tapi jangan pula guna buku tiga lima. Buku tu nipis sangat. Aku debik jakgi. Hihihi gurau gurau.
# Jangan bawak buku rujukan berat berat. Nanti tulang tangan patah ataupun tulang belakang patah sebab galas beg yang dipenuhi buku, macanoo tewww? Bahaya tahu.
# Jangan kerap online Facebook, Blogger. Macam saya dulu tu kan, saya online blog sekejap update apa yang berlegar dalam kepala. Save as draft bila peperiksaan tamat, semua saya publish. Dan kadang tu kalau saya tak boleh online langsung, saya tulis idea/cerita dalam buku nota Teknologi yang dah jadi macam diari harian saya. Hihihihihi.

Facebook pula saya mintak kakak saya tukarkan password. Memang emosi tak stabil bila tak online Facebook. Tapi bila habis peperiksaan, Facebook gua, gua pegang. Miahahaha.
# Jangan makan/minum benda benda aneh. Kepala ikan jangan dihantam sahajalah. Semut dalam air jangan main teguk pula. Dan jangan cuba cuba nak makan tenggiling. Hilang ingatan jakgi.

Sehari sebelum peperiksaan.

# Jangan study gila gila hingga lewat malam nanti fius otak meletup, badan kejung, kaki tangan kebas apa semua. Macam kena rasuk dengan hantu buku. Eeeee scary. Kenalah rehat dengan sangat banyak.

Tapi jangan lebih lebih rehat. Bila mak tanya "John, kenapa tak study?" kau pulak selamber jawab "Kak adah suruh rehat banyak banyak, mommy." Nanti tak masal mak korang cari aku pegang penyapu lidi sedia nak sula aku. Wuwuwuwu serammm. Rehat berpada pada.
# Jangan minum nescafe sewaktu study. Yalah nanti elok 1+1=2 lepas mengamalkan pengambilan caffeine dengan sangat banyak terus jadi 1+1=11 Memanglah Nescafe boleh bantu menahan mengantuk. Tapi minum banyak banyak memang tak elok. Tekan sini kalau tak percaya. Baca perenggan ke empat. Bagi saya, Nescafe = Carlsberg. Hihihi.
# Baca doa setiap kali nak baca buku/nota. Lebih elok tune in to IKIM.FM kadang ada orang baca al Quran. Strictly, jangan dengar lagu Black Metal ataupun My Chemical Romance. Jangan juga dengar lagu Taylor Swift, Justin Bieber, Plain White T's etc. Nanti besok jawab peperiksaan,

Soalan : What is the hypothesis for this experiment?
Jawapan : Its a love story baby just say yes.

Ataupun

Soalan : 1675 x 934 = ?
Jawapan : There's only 1 thing, 2 do, 3 words, 4 youuu. I love you.

Agak agak apa reaksi pemeriksa kertas bila tengok jawapan tu. Agak agak kalau dia kenal korang, dia sumbat crocs dalam telinga korang tak? wuwuwuwu kejam pemeriksa. Boleh masuk penjara. Hihi.
# Jangan mudah putus asa. Nampak soalan cengbangang kau dah give up. (macam saya huhu) Selagi sempat, sebelum paper start, ketuk pintu rumah cikgu tengah malam ataupun kejar cikgu keliling sekolah tanya dia yang ni macam mana yang tu apa solusinya. Jangan suruh cikgu buat. Cikgu dah pandai. Minta cikgu tunjuk step kita tulis dengan jari kita step step tersebut. InsyaAllah waktu peperiksaan tu boleh ingat.
# Jangan sakitkan hati cikgu. Cikgu dah blur tak dapat jawap soalan korang yang macam peluru tembak tembak tembak, korang pergi maki dia dalam hati: "Bodoh punya cikgu. Ingatkan pandai sangat. Rupanya kucing aku lagi pandai apadiyaa ni." Ilmu tak berkat. Jiwa tak selamat. Jadi berbaik-baiklah dengan cikgu supaya nanti dalam doa dia ada terselit nama korang. Kan best macam teww.

Sejam sebelum peperiksaan

# Minum air banyak banyak. Jangan banyak sangat nanti setiap minit pergi toilet, pengawas peperiksaan tanya: "Kau tiru ehhhhhh?" sambil buat muka curiga lagi menjengkelkan.
# Baca doa banyak banyak. Jangan risau banyak banyak. Langkah masuk dewan terus doa. Duduk atas kerusi terus doa. Nampak pengawas peperiksaan yang handsome jangan mintak nombor telefon dia. Doa doa dan doa. Kita ingatkan Allah. Allah ingatkan kita.
#Selagi sempat, refresh balik formula. Selagi sempat belek belek nota/peta minda yang kita buat hari hari yang sebelumnya. Selagi sempat, jangan dating bawah cendawan gergasi palsu. Kalau ada lah cendawan teww. Sekolah saya takde dulu.

Semasa peperiksaan.

# Jawab soalan yang senang gila alagappas dulu. Tapi jangan kompiden sangat. Laju tapi berhati hati.
# Jangan toleh kanan toleh kiri, tongkat dagu, terlentok pulak. Berdengkur lagi tuu. Oh Jangan.
# Kalau dah siap menjawab, recheck balik semua jawapan dan soalan. Jangan mengukir kartun atas meja, jangan tulis I love you (nama pakwe anda) atas lengan korang. Jangan menyanyi dalam hati. Jangan ushar pengawas peperiksaan yang handsome tadi. Jangan korek hidung depan orang pastu jentik dekat orang sebelah. Itu sangat jijik okay.
# Dan paling penting, kalau tak boleh nak jawab soalan yang susah, pejam mata, beristighfar/berselawat tiga kali, buka mata, tulis jawapan dan yakin. Bukan main tulis jawapan "I love sameon tiga kali muah" atas kertas tu dan yakin. Tampo kang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan